Rekabentuk Penjajap kelas Kara

Kelas ini merupakan versi kelas kelas Kresta II yang dibesarkan, di mana enjin turbin gas mengantikan turbin stim. Kelas ini juga dijadikan sebagai kapal armada dengan fasiliti arahan, kawalan dan komunikasi yang ditambah baik. Ia merupakan kapal ASW khas dengan penambahbaik yang ketara pada kemudahan anti pesawat termasuk kehadiran peluru berpandu permukaan ke udara, SA-N-3 dan SA-N-4.

Spesifikasi kelas ini telah dikeluarkan pada tahun 1964 dan rekabentuknya dimuktamadkan pada akhir tahun 1960an. Enjin turbin gas telah dipilih berbanding turbin stim kerana kecekapan dan kadar senyap yang lebih baik. Selain itu, kilang turbin gas utama Soviet juga mempunyai kerjasama yang panjang dengan limbungan kapal Nikolayev.

Penjajap Azov telah dibina sebagai sebuah kapal ujian untuk sistem peluru berpandu SA-N-6 dan juga telah dipasang dengan radar Top Dome. Semasa Perang Dingin, ia hanya berlegar-legar di Laut Hitam.